RECENT POST

Ahad, 23 Jun 2013

Hari pekerja 2013 

" Pekerja Pemangkin Transformasi Negara "





















































BY Najib Razak
Hari ini adalah hari yang cukup istimewa buat para pekerja di seluruh dunia.

Ini kerana kita meraikan Hari Pekerja Antarabangsa yang jatuh pada tanggal
 1 Mei setiap tahun. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat
 Hari Pekerja kepada 
para pekerja di Malaysia.
Alhamdulillah, hari ini kita bersyukur kerana kadar pengangguran negara
 rendah iaitu hanya
 3.3 peratus pada bulan Januari 2013. Kadar ini jauh lebih rendah jika 
dibandingkan dengan 
beberapa negara maju seperti Sepanyol sebanyak iaitu 26.2 peratus,
 kawasan Euro (Euro Area)
 sebanyak 12 peratus, Perancis (10.7%), Amerika Syarikat (7.9%) 
dan Australia (5.4%).
Kita juga bersyukur dengan kos kehidupan yang terkawal seperti 
ditunjukkan oleh kenaikan 
angka tunjuk inflasi untuk bulan Januari tahun ini iaitu 1.3 peratus, bersyukur
 dengan peningkatan
taraf hidup seperti yang dicerminkan oleh kadar kemiskinan relatif yang
 menurun dua kepada
 1.7 peratus dan pendapatan per-kapita yang meningkat kepada AS$9,700
 pada tahun 2012.
Namun, Kerajaan menyedari bahawa usaha untuk meningkatkan 
taraf kemahiran pekerja 
harus digandakan. Bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir,
 Kerajaan telah menyediakan
 peruntukkan sebanyak RM3.7 bilion melalui Bajet 2013 bertujuan 
untuk melatih pelajar dalam
 bidang teknikal dan vokasional. Ini sesuai dengan usaha Kerajaan 
yang mahu menjadikan 
Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Selain itu, Kerajaan telah menambah baik dan meminda Akta 
Keselamatan Sosial Pekerja 
1969 untuk menaikkan syarat kelayakan umur Skim Pencen 
Ilat dari ‘belum mencapai 
umur 55 tahun’ kepada ‘belum mencapai umur 60 tahun’ 
agar selaras dengan Akta 
Umur Persaraan Minimum 2012.
Setiap kejayaan demi kejayaan yang telah dikecapi oleh negara
 ini semuanya adalah 
kerana komitmen kami di Barisan Nasional (BN) yang sentiasa 
berusaha melakukan 
yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia. Kejayaan mengambil
 masa berdekad lamanya 
untuk dibina secara bertatih tetapi kemusnahan boleh berlaku
 dalam sekelip mata.
 Selama lebih lima dekad yang lalu kejayaan kita di Malaysia
 ini kita bina bersama dan 
kita tatang dengan penuh kasih sayang serta segala jerih payah.
 Jangan biarkan 
segala-galanya terungkai. Sokonglah sebuah kerajaan yang 
janji-janjinya sentiasa 
ditepati dan wibawanya boleh dipercayai.
Akhir kata, Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja
 Malaysia dan marilah 
kita sama-sama hayati tema sambutan Hari Pekerja tahun ini –
 “Pekerja Pemangkin Transformasi Negara”.





0 ulasan:

Catat Ulasan